Thursday, November 26, 2009

Pengurusan Mesyuarat

Salam, sekali lagi aku menulis ... kali ini ingin berkongsi pengetahuan mengenai Bagaimana untuk menguruskan mesyuarat yang berkesan...

PENGURUSAN MESYUARAT

Tajuk-tajuk penting.
Pengertian Mesyuarat
Asas-asas Pengurusan Mesyuarat
Tatasusuila Mesyuarat
Membentuk dan Menyusun Agenda.
Senarai Semak Tugas – Bilik Mesyuarat
Susun Atur Tempat Mesyuarat
Carta Aliran Mengendalikan Mesyuarat
Peranan Pengerusi dan Setiausaha.
Kepimpinan Dalam Mesyuarat
Minit Mesyuarat

1.PENGERTIAN MESYUARAT

Mesyuarat adalah perbincangan formal di antara tiga individu atau lebih untuk mencapai objektif bersama melalui proses komunikasi.

Mesyuarat berbeza mengikut keahlian, organisasi dan objektifnya.

2.Asas-asas Penting Pengurusan Mesyuarat Yang Berkualiti
Ada objektif dan agenda yang jelas.
Bermula dan berakhir mengikut ketetapan masa.
Kemudahan fizikal yang selesa.
Notis pangilan mesyuarat.
Ahli-ahlinya mempunyai kepakaran.
Perbincangan secara positif.
Peranan pengerusi berkesan
Peranan setiausaha berkesan
Minit mesyuaratnya tepat.
Ada tindakan susulan yang berkesan.

3. Tatasusila Mesyuarat.
Jangan tiba lewat
Elakkan gangguan semasa Mesyuarat
Tidak meninggalkan bilik Mesyuarat
Elakkan duduk yang menunjukkan kurang minat
Mendengar secara aktif/penuh minat.
Cuba beri sumbangan secara berkesan.
Fokuskan kepada objektif Mesyuarat
Mencari perkara-perkara positif dan elakkan perkara negatif.
Cuba menjadi ahli yang aktif



Membentuk dan Menyusun Agenda
Perkara-perkara utama dalam agenda:
Perutusan Pengerusi
Pengesahan minit Mesyuarat yang lalu.
Perkara-perkara berbangkit.
Senaraikan perkara-perkara baru yang hendak dibincangkan.
Pembentangan kertas kerja jika ada.
Hal-hal lain
Penutupan Mesyuarat.

Wednesday, November 18, 2009

Jadual Peperiksaan Semester 1

Salam, sekali lagi aku menulis ... sedar tak sedar dah sampai penghujung semester 1 pengajian ku .. Exam la kali ni esok adalah hari terakhir kuliah, kebetulan pulak bersama dengan En. Razali Ayub .. terima kasih tuan atas segala ilmu yang dicurahkan.

30.11.2009 - 9.00 pagi - Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan
30.11.2009 - 2.30 ptg - Kepimpinan Pendidikan

1.12.2009 - 9.00 pagi - Pengurusan Sumber Manusia
1.12.2009 - 2.30 ptg - Kurikulum dan Pengajaran

2.12.2009 - 9.00 pagi - Etika Perniagaan

3.12.2009 - 9.00 pagi - Pendidikan Jasmani dan Sukan.

Thursday, October 22, 2009

Tugasan Ku - Satu Malaysia Membina Negara Bangsa

Salam, sekali lagi aku menulis ... kali ini akan ku rangkumkan segala pemahaman ku setelah membaca dan menghayati apa yang dikatakan dengan Satu Malaysia ... untuk pensyarah ku yang budiman, yang telah banyak membantu .. En. Razali b. Ayob .. untuk muat turun softcopy sila klik.

1 Malaysia Membina Negara Bangsa.

Generasi berwawasan akan menjadikan negara kita mempunyai satu masyarakat yang mempunyai hala tuju, komited dengan matlamat serta mampu menghadapi apa jua rintangan demi mencapai impian. Generasi berwawasan juga mampu meletakkan tahap pencapaiannya dan menetapkan jangkamasa untuk beroleh kejayaan. Oleh kerana itu, YAB Perdana Menteri menggariskan wawasannya bagi membolehkan kita sama-sama mendokongnya demi survival umat, negara dan kelangsungan bangsa Malaysia pada masa hadapan. YAB Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak, menyatakan secara tegas bahawa ”Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”, telah memulakan era baru dalam menganjak paradiqma rakyat. Kita harus memulakan langkah baru, setelah berhadapan dengan kecelaruan politik serta kekusutan maklumat sehingga mengganggu keamanan, keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia. Beliau menyedari kekuatan bangsa Malaysia dengan menyatakan ;

Malaysia unik kerana kepelbagaian kita dan berharap kita dapat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.”

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina Negara. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Tanpa perapduan yang luar biasa ini British tidak akan menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada orang Malaysia sendiri. Namun kepercayaan dan perpaduan orang-orang terdahulu yang bersama pemimpin mereka telah mengembalikan hak memerintah bumi Malaysia yang tercinta. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Demi mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Pada akhirnya wujudlah momentum yang hebat terbit atas dasar perpaduan yang tidak dinafikan kuat dan sentiasa memerlukan.

Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia adalah satu aspirasi sosio-politik masa depan yang sangat relevan bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. 1 Malaysia adalah gagasan untuk membina kekuatan negara melalui perpaduan dan semangat bersama dalam kalangan rakyat yang berteraskan kepada beberapa nilai penting. YAB Perdana Menteri telah menggariskan lapan teras atau nilai utama bagi menjayakan konsep 1 Malaysia, iaitu berpengetahuan, intergriti, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, dan meritokrasi. Kelapan-lapan nilai teras ini diadun sebagai formula utama dalam usaha mencapai Wawasan 2020. Bagi mencapai aspirasi ini lapan nilai teras di atas perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan rakyat.Asas kepada semua teras atau nilai ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, bermaksud semua kaum akan terbela dan tiada sesiapapun akan terpinggir atau dipinggirkan. Keadilan mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberi pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Mana-mana rakyat yang miskin yang memerlukan pembelaan perlu dibantu tanpa mengira siapa yang harus membantunya.

Usaha Perdana Menteri mengusulkan konsep membentuk satu bangsa Malaysia yang sejahtera dan makmur melangkaui tahap toleransi yang diterima umum selama ini tentunya berdepan dengan pelbagai pandangan berbeza kerana masing-masing pihak boleh bersuara berlandaskan demokrasi. Jadi tidak hairanlah, rakyat masih kabur dengan hala tuju yang ingin diketengahkan itu sebagai kesinambungan daripada dasar yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, yang memacu kesejahteraan, kemajuan dan pembangunan negara sejak lebih setengah abad lalu. Namun, seperti yang dikatakan Perdana Menteri sebelum ini, pengisian konsep 1Malaysia akan melalui proses evolusi bagi membolehkan rakyat memahami, menghayati dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan. Sebagai rakyat berbilang kaum, setiap pihak berusaha untuk mempertahankan haknya supaya tidak terhakis. Jadi jaminan kerajaan untuk tidak mengetepikan peruntukan terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan soal bahasa, agama dan hak keistimewaan selain kontrak sosial yang selama ini menjadi pegangan semua rakyat, wajar dihargai.

Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Seperti dijelaskan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib, konsep “1 Malaysia” bermaksud kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Ini bermakna cara pemikiran dan bertindak kita mesti keluar daripada cara bertindak dalam tembok atau kepompong etnik. Contohnya, jika kita memperjuangkan soal kemiskinan, maka kemiskinan itu mesti dilihat merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, ladang, kampung baru atau kumpulan orang asli. Daripada lensa pembangunan, konsep dan falsafah “1 Malaysia” adalah berteraskan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Kerajaan tetap mengiktirafkan sumbangan semua kaum. Setiap rakyat tanpa mengira warna kulit bebas menyertai arus pembangunan negara. Kesaksamaan untuk semua kaum adalah sesuatu yang amat ditekankan oleh kerajaan. Negara mempunyai sejarah, tradisi dan warisan budayanya tersendiri. Semua resipi ini disalut dan diterap dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, YAB Dato’ Sri Mohd Najib sudah pun menegaskan bahawa apa yang terkandung dalam Perlembagaan Negara tetap menjadi prinsip dan landasan dalam menterjemahkan konsep terbabit. Ini bermakna semua fasal yang ditakrifkan sebagai hak istimewa orang Melayu tetap dipelihara kerana hak-hak terbabit tidak sedikit pun menafikan hak kaum lain. Apa yang nyata ialah konsep “1 Malaysia” bertemakan perpaduan rakyat. Perpaduan dalam kepelbagaian mendasari elemen kemajmukan rakyat di negara yang penuh citrawarna ini.

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Secara tuntasnya, apabila YAB Dato’ Sri Mohd Najib menjadikan konsep dan falsafah baru itu sebagai landasan pentadbirannya adalah untuk memberi “nafas segar” kepada barisan kabinetnya serta menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama berganding bahu dengan kepemimpinan negara. “1 Malaysia” adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai. Kini, perjuangan untuk mengekalkan seterusnya mengeratkan perpaduan kaum adalah terletak di bahu kita sebagai warga yang menyayangi nusa dan bangsa Malaysia.

Friday, October 16, 2009

Nilai ke-7

Salam, sekali lagi aku menulis ... Seterusnya nilai yang ke 7

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.


Wednesday, October 14, 2009

Nilai ke-6 Meritokrasi

Salam, sekali lagi aku menulis ... Nilai yang ke-6

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.


Monday, October 12, 2009

Nilai ke-5 Kesetiaan

Salam, sekali lagi aku menulis ...

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

1. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

2. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

3. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

4. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

5. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

6. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

8. Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

9. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

Saturday, October 10, 2009

Nilai ke-4. Penerimaan

Salam, sekali lagi aku menulis ... kali ini ku sambung dengan konsep yang ke empat iaitu;

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


Monday, October 5, 2009

Nilai ke-3. Rendah Hati

Salam, sekali lagi aku menulis ... untuk nilai yang seterusnya

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

Sunday, October 4, 2009

Nilai ke-2. Ketabahan

Salam, sekali lagi aku menulis ... menyambung kepada nilai yang ke dua iaitu..

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

2.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.


Friday, October 2, 2009

Satu Malaysia - Datuk Seri Najib


Salam, sekali lagi aku menulis ... kali ini aku akan menghimpunkan artikel berkenaan 1 Malaysia. Pertama aku petik dari Laman Sesawang Jabatan Penerangan Malaysia ..

1. PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.


NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Bahagian 1: Budaya Kecemerlangan

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya dapati reaksi bersemangat dari pihak awam mengenai konsep 1 Malaysia amat menggalakkan. Sambil kita terus bergiat dan menggandakan usaha untuk memperbaiki segala tindakan dan proses dalam kerajaan, perlu saya tekankan satu lagi ciri utama dalam memastikan kejayaan kita iaitu nilai-nilai yang perlu diterap bagi melengkapkan usaha-usaha tersebut. Memang benar, tindakan itu lebih dalam kesannya dari kata-kata sahaja.

Saya telah mengenalpasti sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua. Diharap anda semua terus mengunjungi lawan web peribadi saya di mana saya akan memperkenalkan setiap nilai secara berperingkat sepanjang bulan ini. Semoga nilai-nilai ini dalam dipupuk dalam jiwa kita semua. Sila terus berkongsi pandangan dan kritikan membina anda; inilah tanda yang jelas bahawa momentum dialog kita sedang meningkat.

BUDAYA KECEMERLANGAN

Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.

Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaaya Kecemerlangan.

Berkenaan aspek-aspek Budaya Kecemerlangan

Saya rasakan kita perlu mengenalpasti subset-subset yang berkaitan dengan Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, bagi dikenali sebagai sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan. Ianya satu subset Budaya Kecemerlangan. Dalam erti kata lain, anda mementingkan ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Saya harap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Dalam erti kata lain, jika anda mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna anda mempunyai matlamat-matlamat khusus, dan prestasi anda boleh diukur. Anda boleh mengawas, anda boleh memantau, anda boleh mengambil tindakan pembetulan. Anda boleh juga membuat sebarang perubahan jika perlu. Tetapi ianya penting untuk kita merasakan bahawa kita sedang mengalami kemajuan, bahawa kita semakin maju.

Maksud saya, pengertian waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa dalam apa jua yang anda lakukan. Saya rasa ianya satu perkara yang boleh difahami semua orang dan dilihat dalam gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh ketengahkan, mengingkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Dan dari segi cara untuk membatinkan perubahan ini, contohnya, pernyataan seperti ‘lebih kurang’ – ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon perkataan-perkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

Tentang mempelajari Budaya Kecemerlangan

Arwah ayahanda saya seorang ahli motivasi, biarpun saya tidak menyedari hakikat itu pada awalnya. Tetapi secara halus, beliau menerapkan dalam jiwa kami satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah mendirikan satu skim ganjaran, sejumlah wang yang kecil. Jumlahnya tidak lumayan, hanya sedikit wang yang akan dihadiahkan jika kami berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Ianya bukan tentang ganjaran wang, tetapi jelas kegembiraan yang beliau rasai bila anda menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan di riak wajahnya jika anda tidak berjaya. Itulah titik tolak dalam hidup saya untuk menyedari betapa pentingnya untuk berjaya dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.



Wednesday, September 23, 2009

Salam Aidil Fitri 2009


Salam, sekali lagi aku menulis ... Awal pagi Syawal 2009

Thursday, September 17, 2009

Syawal muncul lagi

Salam, sekali lagi aku menulis ... ada beberapa perkara yang mampu membuatkan aku tersenyum dan bersedih bila munculnya Syawal...nak dikatakan menunggu .. memang semua menunggu kedatangannya malah ada yang menangis apabila ia meninggalkan kita .. Kenapa ya? Tepuklah dada tanya selera .. Namun pada kesempatan ini aku memohon maaf zahir dan batin sekiranya dalam persahabatan kita ada aku terkasar bahasa, ada termakan atau terminum... aku mohon maaf. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari aku sefamili di Ipoh.


Wednesday, September 9, 2009

IT dan Pendidikan

Salam, sekali lagi aku menulis ... kali ini aku cuba membicarakan tentang penggunaan peralatan IT dalam pendidikan di Malaysia. Dimanakah silapnya .. murid?
Posted by Picasa

Tuesday, September 8, 2009

RAMADHAN: BULAN RAHMAT, BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA

Salam, sekali lagi aku menulis ...

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Etika Perniagaan dlm Islam

Salam, sekali lagi aku menulis ... Islam tidak berseberangan dengan kapitalisme dan tidak juga sepenuhnya menentang komunisme, malah memiliki sikap dan pandangan-pandangan terbaik dari keduanya.

Berikut ini beberapa contoh dimana 1400 tahun yang lalu, Islam telah memberikan norma-norma komersial sihat yang baru disadari secara susah payah oleh manusia moden:
  1. Hubungan komersial menurut Islam didasarkan pada kepercayaan dan kejujuran mutlak (Al-Baqarah: 283 - 284).
  2. Islam melarang pedagang menipu timbangan dan mengurangi takaran (At-Tathfif: 2-4).
  3. Para pedagang dilarang menjual barang yang cacat, busuk atau rosak. Seorang pedagang tidak boleh mencuba menutupi cacat barang yang ditawarkannya (Hadith Muslim). Kalau barang seperti itu terjual tanpa diketahui oleh pembeli maka ia berhak mengembalikan barang tersebut dan memperoleh wangnya kembali (Hadith).
  4. Seorang pedagang tidak diizinkan memberikan harga yang berbeza untuk suatu barang kepada konsumer yang berbeda walaupun ia boleh saja menawarkan diskaun kepada siapa pun. Ia bebas boleh menetapkan sendiri prosentasenya (Bukhari dan Muslim).
  5. Islam melarang persaingan atau kartel buatan yang menghasilkan persaingan buatan. Agama juga melarang mengawal harga pada suatu lelong dengan cara memberikan penawaran palsu untuk mengaburi calon pembeli (Bukhari dan Muslim).
  6. Islam menyarankan jual beli barang dilakukan secara terbuka dan sebaiknya di hadapan saksi-saksi dan mengingatkan pembeli agar berhati-hati dalam membeli barang (Al Baqarah: 283 - 284; Muslim).


Pendek kata, Islam memilih strategi untuk memperkecil jurang antara yang kaya dengan yang miskin melalui:
  • Menetapkan beberapa tegahan sebagaimana dikemukakan di muka seperti larangan judi, minum minuman keras dan lain-lain.
  • Melarang penimbunan harta dan akumulasi kekayaan melalui bunga wang.
  • Mendorong usaha swasta.
  • Mendorong sirkulasi kekayaan yang cepat.
  • Berulangkali memerintahkan, mengingatkan dan membujuk rasa citra manusia yang luhur agar menganut gaya hidup sederhana dan merendah yang tidak jauh berbeda dengan fakir miskin.

Tujuan daripada hal-hal di atas adalah agar manusia lebih peka terhadap perasaan sesamanya dan mengekang dorongan-dorongan haiwaniah dan sadistis dalam dirinya. Perang Jihad yang haqiqi adalah melawan kesombongan, kemunafikan, sifat snobis, keangkuhan, kekasaran dan ketololan. Semua yang luhur di dalam fikiran manusia dicoba ditarik keluar dan ia dibuat sedemikian peka terhadap penderitaan sesamanya sehingga ia menganggapnya sebagai kejahatan jika ia hidup dalam kemewahan dan kesenangan sedangkan yang lainnya masih menderita dan harus mengais untuk hidup.

Tentu saja orang-orang beradab tinggi yang jadi pemuka dengan nilai-nilai adab yang luhur, selalu merupakan minoritas kecil. Tetapi dengan adanya mereka, kesadaran masyarakat secara menyeluruh atas kesejahteraan sesamanya akan terangkat, sehingga kecil kemungkinan mereka hanya akan memperhatikan kebutuhan dan kesenangan dirinya sendiri dengan menghiraukan kesengsaraan bagian lain dari masyarakat. Perhatian mereka terhadap kehidupan tidak akan terfokus ke dirinya sendiri. Mereka belajar hidup dengan kesadaran yang lebih luas akan kehidupan di sekitar mereka. Mereka merasa kurang senang kalau mereka tidak berpartisipasi secara material guna mengurangi kemiskinan dan meningkatkan standar hidup yang lainnya.

Karakteristik masyarakat muminin demikian dikemukakan di salah satu ayat-ayat awal Al-Quran:


. . . dan menafkahkan segala sesuatu dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka. (S.2 Al-Baqarah: 4)

Friday, September 4, 2009

Post pertama aku untuk blog pengajianku

Salam,

Inilah post pertama aku untuk blog yang akan dinilai oleh pensyarah aku, En. Razali b. Ayub. Mungkin dah lama bergiat dalam blogging ni tapi akhir-akhir ni jarang sangat aku masuk dan menulis. Aku mula berkenalan dengan blogspot ni tahun 2005 ....dan menyumbang @ menulis hanya untuk aktiviti harianku dan menjadi penghubung antara aku dan famili di mana pada masa tersebut aku bertugas di PPK Jalan Duta Kuala Lumpur. Hanya pulang bersama famili pada hujung minggu. Pada ketika itulah aku merasa betapa kejauhan menjadikan kita kuat ...